Tangkapan peserta himpunan aman nafi hak asasi manusia kata Amnesty

. Senin, 23 Desember 2013
November 01, 2013
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke turut ditangkap dalam kejadian bantahan semalam.Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke turut ditangkap dalam kejadian bantahan semalam.Penangkapan 19 peserta yang terlibat dalam bantahan secara aman bagi menghalang kerja merobohkan rumah di sebuah kampung bersejarah di Malaysia menunjukkan satu lagi tindakan keras dikenakan kepada pejuang hak asasi, kata Amnesty International.

“Jika ada lagi bukti yang diperlukan pihak berkuasa menghalang ruang pejuang hak asasi manusia, tangkapan hari ini menunjukkan buktinya," kata wakil pertubuhan itu, Isabelle Arradon.
Pada Ogos lalu, satu laporan yang dihantar kepada Majlis Hak Asasi Manusia, Malaysia berikrar hak masyarakat dan politik dalam negara akan berada pada landasannya dengan pembangunan sosio-ekonomi dan hak kebudayaan.

 Namun, awal minggu ini Amnesty International dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyaksikan janji yang diberi itu kosong belaka.
“Tangkapan sewenang-wenangnya melanggar hak asasi peserta untuk berhimpun dan menyuarakan secara aman,” katanya.
Mereka yang ditangkap semalam termasuk Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai dan beberapa ahli politik pembangkang namun dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu pertuduhan rasmi.

Peserta ditahan di bawah Artikel 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000.
Polis menahan kumpulan yang berhimpun secara aman itu berikutan tindakan mereka menghalang perobohan Kampung Hakka, Mantin di Negeri Sembilan.

Salah seorang peserta mendakwa polis bertindak kasar dan menyerang secara agresif.
Polis juga enggan berunding secara aman walaupun perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan dikemukakan.
Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu, berkata Mahkamah Rayuan mengeluarkan arahan penangguhan untuk merobohkan kampung itu pada jam 2 petang semalam selepas peserta ditahan. – 1 November, 2013.


0 komentar: