Pakatan ajak pemimpin BN sertai Persidangan Antarabangsa PRU 13

. Senin, 30 Desember 2013

(Oleh Arif Juhani)
PETALING JAYA 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 di bangunan Parlimen pada 4 dan 5 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini.

Anwar menegaskan, keperluan persidangan antarabangsa itu diadakan bertujuan menggembleng sokongan untuk pilihan raya bebas, adil dan demokratik.
Ia juga ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sepenuhnya cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang hanya melaksanakan 8 daripada 14 cadangan.

Persidangan bakal disertai oleh semua pihak termasuk wakil kerajaan BN, SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping badan-badan antarabangsa.
“Setakat ini panelis antarabangsa yang bersetuju hadir membentangkan kertas kerja mereaka adalah Hakim Marlon Reis (Brazil), Prof Dr Gothom Arya (Thailand), Dr Mohamad Nasir Tamara (Indonesia), Damaso G. Magbual (Filipina), Mobashar Jawed Akbar (India) dan Prof Dr Clinton Fernandes (Australia).

“Pejabat saya (Ketua Pembangkang) masih menunggu penyertaan penjawat awam utama masih seperti Setiausaha SPR, Ketua Pengarah Penyiaran dan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada sidang media mengenai persidangan berkenaan di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut Anwar, antara isu-isu yang akan dibincangkan di persidangan itu nanti ialah menilai demokrasi pilihan raya di Malaysia, menangani cabaran kritikal mengenai proses pilihan raya, amalan terbaik sebagai kerajaan sementara (caretaker), memerangi politik wang dan rasuah, menilai cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen Malaysia pada reformasi pilihan raya dan agenda reformasi demokratik.

Spaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dijangka akan merasmikan pembukaan persidangan ini, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan sebagai panelis.
Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

0 komentar: