Kanser Prostat Lelaki Jangan Malu

. Rabu, 18 Desember 2013
Kata-kata Inggeris life begin at 40 (hidup bermula pada usia 40 tahun) mungkin bukan lagi dianggap tepat bagi menggambarkan kehebatan lelaki.

Walaupun pada usia itu lelaki mungkin dianggap berada pada puncak kehidupannya sama ada dari segi ekonomi dan sosial, hakikatnya ia adalah garis yang menandakan bermulanya penurunan fizikal mereka.


Sama seperti wanita yang menghadapi pelbagai risiko penyakit, kaum lelaki pada usia tersebut turut tidak terlepas daripada mengalami masalah sama.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Namun, sehingga kini kesedaran lelaki berbanding wanita untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan mereka dilihat begitu berbeza. Malah, tidak keterlaluan jika ia dikatakan menjadi faktor penyebab utama kenapa golongan ini turut terdedah kepada pelbagai risiko penyakit yang boleh membawa kematian, termasuk kanser prostat.

Pemeriksaan Awal

Dalam kebanyakan kes, hampir 80% pesakit datang untuk mendapat rawatan sudah berada pada peringkat 3 dan 4 peringkat yang mana pesakit sukar diselamatkan.

Kanser prostat boleh dicegah sekiranya menjalani pemeriksaan awal. Ini terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga sama ada bapa atau datuk menghidapi penyakit tersebut.

Untuk itu mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan seawal usia 40 tahun lagi, manakala bagi yang tidak mempunyai sejarah tersebut digalakkan melakukan pemeriksaan apabila memasuki usia 50 tahun.

Simptom

Menurutnya, selain tidak menunjukkan apa-apa simptom, rasa malu dan ego antara penyebab utama lelaki lebih rela menderita dalam diam daripada menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Lebih-lebih lagi, tidak ramai lelaki bersedia membincangkan masalah membabitkan anggota sulit.

Seperti kanser lain, kanser prostat mengambil masa lama untuk membesar dan pada peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah di peringkat serius.

Masalah kelenjar prostat biasanya berlaku kepada lelaki berumur 50 tahun ke atas terutama lewat 60-an atau awal 70-an. Namun, ia masih boleh berlaku lebih awal, khususnya bagi lelaki yang ada sejarah masalah kelenjar prostat di kalangan keluarga rapat.

Benjolan

Begitupun, punca terjadinya kanser prostat masih tidak diketahui, tetapi ia bermula dengan satu benjolan kecil pada kelenjar tanpa menunjukkan sebarang gejala.

Pun begitu, ada juga kes kanser prostat menunjukkan gejala sama seperti masalah prostatik hiperplasia benigna (BPH) iaitu ketumbuhan prostat bukan kanser yang menyebabkan kelenjar prostat membengkak dan pesakit sukar membuang air kecil.

Selain itu, pesakit mungkin menghadapi masalah sentiasa terasa hendak kencing dan kerap buang air kecil. Bagaimanapun, gejala ini lazimnya hanya timbul selepas sel kanser membesar sehingga boleh menekan saluran uretra dan menyekat laluan air kencing.

Pada peringkat serius, kanser prostat boleh menyebabkan kencing berdarah atau pesakit tidak boleh kencing langsung. Tetapi, bagi sesetengah kes, gejala hanya muncul apabila sel kanser merebak ke anggota badan lain seperti tulang (pinggul dan rusuk) dan buah pinggang.

Sel kanser prostat ini juga boleh merebak ke otak (yang menyebabkan sawan, sakit kepala, letih dan masalah saraf lain) dan tulang belakang (mengakibatkan rasa sakit, kebas dan tidak dapat menahan kencing).

Rawatan

Perkembangan kanser prostat yang lambat dan ketiadaan simptom membuatkan ujian pengesanan bagi merawat kanser pada peringkat awal menjadi sukar.

Kesedaran mengenai kanser tersebut juga masih berkurangan berikutan tidak ramai yang benar-benar memanfaatkan teknologi terkini pembedahan membuang prostat yang diperkenalkan di negara ini sejak 2004.

Pembedahan dinamakan Sistem Robotik da Vincci, yang mula diperkenalkan di Hospital Kuala Lumpur pada pertengahan 2004 itu, biarpun terbukti mempunyai banyak kelebihan berbanding pembedahan konvensional, ia dilihat masih tidak mampu mengurangkan ketakutan pesakit untuk melakukan pembedahan membuang kanser prostat.

Sehingga kini (2008), kira-kira 17 orang sudah menjalani pembedahan membuang prostat menggunakan kaedah tersebut di pusat berkenaan.


Lagi info tentang KANSER PROSTAT di sini.

0 komentar: