Kontroversi Ali
Drama dokumentari Muhammad Ali’s Greatest Fight mengenai peninju legenda yang ditayangkan jam 10 malam ini di saluran HBO SIGNATURE HD (Astro 437) pastinya cukup menarik dengan cerita kehebatannya di gelanggang, hubungan dingin dengan orang awam dan bagaimana dia melawan penyakit Parkinson.
Ia yang diarahkan Stephen Frears ini turut memaparkan peristiwa di sebalik kes yang membabitkannya di mahkamah pada 1967, memeluk Islam dan berkeras menolak untuk tidak mahu menyertai pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) berperang di Vietnam.
Bermula dengan nama Cassius Clay sebelum menukar namanya kepada Muhammad Ali selepas memeluk Islam. Beliau mengalami pelbagai dugaan antaranya gelaran ditarik balik, disingkirkan terus dari arena tinju, didenda USD10,000 (kira-kira RM32,000) serta dipenjara.
Kekalutan yang tercetus mengenai pembelaannya itulah menjadi titik-tolak kepada pembikinan filem berkenaan.
PERBALAHAN antara pemikir liberal dan konservatif terhadap keingkaran Ali.
Jika penonton mengandaikan babak mahkamah yang ditonjolkan seperti biasa dilihat dan membabitkan Ali serta peguam bela atau permainan drama semata-mata bagaimana dia berhadapan situasi itu, andaian anda jauh sekali tersasar. Frears sebaliknya mengambil pendekatan sangat berbeza bagi membikin filem terbabit.
0 komentar:
Posting Komentar